open my heart again to fall in love with him ღ♫ღ♫ FiziAinatulNadhirah

Rabu, 12 September 2012

samun kuari di Gemas .


SEREMBAN: Polis kini memburu enam lelaki termasuk seorang warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kes samun di sebuah kuari di Gemas pada 29 Jun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid berkata kesemua mereka beralamat terakhir di Selangor.
Mereka ialah Rozmi Abdullah, 35, memegang kad pengenalan 771108-09-5095 dari Taman Koperasi Cuepacs, Kajang; Noor Anizan Mohd Ariffin, 23,(890713-43-5045)dari Taman Paling Jaya, Semenyih dan Veerasingam A/L Darasamay, 23, (890802-14-6333) dari Subang Jaya.
Turut dijejaki Sasitharan A/L Paramasivam, 23, (890916-10-5441) beralamat di Taman Puchong Prima, Puchong dan Kanesan A/L Muniandy, 26, (860930-43-6493) dari Subang Jaya, katanya pada sidang media, di sini Rabu.
Beliau berkata warga Indonesia berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Yanto itu pula dikesan dengan alamat terakhir di Taman Jasmin, Kajang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi balai polis berdekatan, katanya.
Mengulas kejadian 11.30 malam itu, Hamdan berkata sembilan lelaki menyamun pekerja kuari yang tinggal di kabin kontena di situ dan melarikan empat lori serta sebuah kereta Toyota Vios milik mangsa.
Penyamun turut melarikan barangan seperti sistem teater rumah, telefon bimbit dan wang tunai RM5,250.
"Ekoran itu kita menubuhkan pasukan tugas khas dan berjaya menahan empat lelaki pada 8 Julai dan 13 Julai lepas. Mereka diberkas di beberapa lokasi iaitu di Kajang, Puchong, Subang Jaya dan Semenyih.
"Polis turut merampas daripada mereka empat topeng ski, dua bilah parang dan sebuah kereta Proton Perdana yang dipercayai digunakan semasa menyamun mangsa," katanya. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan